Ahad, 6 Januari 2019

Pengguna lebih memilih homestay berbanding hotel? berita baik bagi pengusaha homestay

MyRumah 2018: Kuasai strategi lonjak inap desa




"Pengusaha inap desa atau rumah tamu perlu mengkaji beberapa perkara sebelum memulakan perniagaan ini, termasuk lokasi sama ada berada di kawasan yang berpotensi dengan urusan perniagaan, pendidikan atau pelancongan.


Inap desa atau rumah tamu kini antara yang menjadi permintaan berikutan harga lebih berpatutan berbanding penginapan di hotel, selain menyediakan kemudahan yang memberi keselesaan pelanggan.


Justeru, perniagaan berkenaan kini antara aliran pilihan dalam kalangan golongan yang mempunyai hartanah kerana dilihat mampu menjana pendapatan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCribBooking.com, Akmal Nizam Abd Halim, berkata mereka yang menceburi perniagaan itu perlu mengetahui beberapa strategi bagi memastikan perniagaan inap desa yang diusahakan mampu memberi pulangan sehingga lima angka.

"Pengusaha inap desa atau rumah tamu perlu mengkaji beberapa perkara sebelum memulakan perniagaan ini, termasuk lokasi sama ada berada di kawasan yang berpotensi dengan urusan perniagaan, pendidikan atau pelancongan.


PENGASAS dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCribBooking.com, Akmal Nizam Abd Halim 

"Lazimnya, 40 peratus penghunian datang daripada golongan yang melancong, 10 hingga 20 peratus pelanggan berniaga dan 10 peratus berkaitan pendidikan seperti ibu bapa melawat anak di universiti," katanya dalam sesi perbincangan 'Jana Income 5 Angka Dengan Homestay' sempena Pameran Hartanah MyRumah 2018 di sini, hari ini.

Katanya, percutian dalam negara pada cuti umum dan hujung minggu pada purata 175 hari setahun menjadi antara faktor permintaan inap desa atau rumah tamu meningkat.

"Pengusaha perlu meletakkan kadar harga berbeza iaitu lebih tinggi pada hari cuti berbanding hari biasa bagi mendapatkan kadar penghunian tinggi, sekali gus meningkatkan keuntungan," katanya.

Akmal Nizam berkata, pengusaha boleh menggunakan pengiklanan menerusi internet sebagai medium termurah dalam memasarkan inap desa atau rumah tamu mereka manakala pemilihan laman sesawang dilihat lebih berkesan berbanding laman sosial seperti Facebook.

"Ketika mengiklankan inap desa atau rumah tamu, pengusaha perlu menyediakan gambar menarik dengan sudut bersesuaian bagi menarik perhatian pelanggan," katanya.

Katanya, pengusaha juga perlu menyediakan reka bentuk berlainan dengan konsep unik, selain memberi kemudahan lengkap kepada pelanggan.


Dalam pada itu, beliau menggalakkan golongan berusia 20-an dan 30-an yang berminat terhadap perniagaan itu namun tidak memiliki hartanah bermula dengan menjadi ejen.




"Kebiasaan mereka yang memiliki hartanah adalah golongan berusia 40-an ke atas tetapi pengetahuan terhadap teknologi internet agak kurang.

"Ini memberi kelebihan kepada golongan muda berkecimpung dalam perniagaan, sekali gus menjadikannya sebagai pendapatan sampingan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan