Isnin, 7 Januari 2019

Tourism Johor menyasarkan 7.7 juta orang pelancong ke johor,peluang bagi pengusaha homestay dan inap desa.

Tourism Johor sasar 7.7 juta pelancong ke Johor.


ABDUL MALIK ISMAIL (tiga dari kanan) membunyikan loceng merasmikan majlis Buyer Meet Seller Tourism Johor Bersama Matta Penang dan Matta Kedah di Hotel Thistle, Johor Bahru

Tourism Johor menyasarkan untuk muncul sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi pelancong pada tahun ini dengan kehadiran seramai 7.7 juta orang.

Pengarahnya, Abdul Malik Ismail berkata, Johor menyasarkan untuk mengatasi Pahang yang menduduki tangga pertama dengan 7.6 juta pelancong dan Perak (7.5 juta) direkodkan pada tahun 2017.

Menurutnya, dengan jumlah kedatangan pelancong yang direkodkan mengunjungi negeri ini pada tahun lalu iaitu 7.4 juta orang, Johor yakin jumlah 7.7 juta pelancong itu mampu dicapai.

“Kita positif mampu mencapai jumlah yang disasarkan dan mengatasi kedua-dua nege­ri itu terutama dengan adanya produk serta tarikan baharu seperti MCM Studio dan Desaru Coast,” katanya selepas meras­mikan program ‘Buyer Meet Seller’ di sini hari ini.

Selain itu tambahnya, Johor juga sudah mempunyai pelbagai produk pelancongan sedia ada dan tersendiri yang menjadi tarikan ke nege­ri ini.




Antaranya mempunyai daya tarikan pelancongan berasaskan sejarah dan warisan, pulau dan pantai, alam semulajadi, golf, agro pelancongan, homestay, kesenian dan kebudayaan.

“Tidak lupa juga makanan tempatan yang menjadi tarikan seperti laksa Johor, mi rebus, otak-otak, asam pedas, mi bandung dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan