Gua dihiasi tulisan khat ayat al-Quran Tarikan pelancongan terbaru di di Batu Caves, Gombak, Selangor - D’Gua Al Khafi Culture Village
KEADAAN di D'Gua Al Khafi Homestay di Gombak
KISAH Ashabul Kahfi mengenai tujuh pemuda beriman kepada Allah dan melarikan diri ke dalam sebuah gua bagi mengelak penindasan raja yang kejam serta bagaimana Allah menidurkan mereka selama 309 tahun menjadi inspirasi penubuhan D’Gua Al Khafi Culture Village, di Batu Caves, Gombak, Selangor.
Gua yang terokai sejak empat dekat lalu itu, antara lokasi pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Bezanya, D’Gua Al Khafi adalah gua batu kapur semula jadi yang di dalamnya dihiasi dengan seni kaligrafi tulisan khat daripada pelbagai ayat suci al-Quran sebagai dekorasi unik di situ.
Sebaik kaki melangkah masuk gua yang sudah dimajukan sejak 10 tahun lalu itu, hati merasai tenang disebabkan suasana persekitarannya yang cukup mendamaikan.
Keadaan di dalamnya terasa dingin disebabkan masih ada sumber air semula jadi yang mengalir dari bumbung gua, ditambah pula di dalam gua berkenaan memiliki laluan angin semula jadi.
KEADAAN di dalam gua yang dipenuhi tulisan kaligrafi berwarna-warni di dinding gua
Malah, kisah Ashabul Kahfi yang terdapat di dalam al-Quran surah Al-Khafi dari ayat 9 hingga 26 yang menceritakan kisah tujuh pemuda beriman melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah menidurkan mereka selama 309 tahun cukup memberi inspirasi kepada penubuhan D’Gua Al Khafi Culture Village
“Kawasan ini juga dibuka kepada sesiapa saja untuk melakukan pelbagai aktiviti keagamaan seperti qiamullail, kelas mengaji al-Quran, berkhemah di dalam gua, majlis ilmu dan sebagainya yang diberikan secara percuma
“Semua seni kaligrafi dihasilkan pelajar Tahfiz dan pekerja saya sejak beberapa tahun lalu, malah di sini juga adalah satu-satunya gua di negara ini yang dihiasi dengan seni kaligrafi bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung,” katanya yang turut mengalukan sumbangan orang ramai untuk pengurusan madrasah D’Gua Al-Khafi itu.
Ismail berkata, sejak dibuka 10 tahun lalu, gua itu menjadi antara tarikan pelancong dari China yang menjadi destinasi wajib jika berkunjung ke Selangor.
“Setiap hari kita mampu menerima 700 hingga 800 pelancong, malah mencecah 1,200 pada cuti umum.
Lokasi itu menjadi salah satu tarikan pelancong di Selangor kerana tiada bayaran masuk dikenakan, namun kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pengunjung sekiranya ada yang ingin menyumbang untuk pengurusan Madrasah Al-Khafi di sini.
“D’Gua yang terletak bersebelahan Kuil Batu Caves juga memudahkan pelancong daripada pelbagai bangsa dan agama turut mengunjunginya,” katanya
Maklumat mengenai D’Gua Al-Khafi
- Anggaran keluasan 500 meter persegi
- Ambil masa hampir 30 minit meneroka gua
- Dikunjungi 700 hingga 800 pelancong setiap hari.
- 1,000 hingga 1,200 pengunjung, pada cuti umum.
- Antara 30 hingga 40 bas pelancong singgah ke gua ini
- Menawarkan keperluan lengkap pakej majlis perkahwinan.
- Dilengkapkan kemudahan inap desa
- 16 bilik tidur pelbagai saiz
- Memuatkan 100 hingga 120 tetamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan